IRAMA
Unsur – unsur yang di susun
secara berulang.
PERGERAKAN
Keadaan objek tampak yang bergerak, bergegar,
bergoyang, bersinar dan berayun.
•objek atau motif mengalami pergerakan dan menghasilkan rentak serta aliran dari satu ruang ke ruang yang lain.
•Menjadikan sesuatu karya lebih menarik, hidup dan bernyawa.
•Pergerakan boleh wujud dengan olahan beberapa unsur seperti garisan, rupa, warna, jalinan, bentuk, ruang yang beralih arah atau berulang.
Pergerakan pada alam boleh dilihat pada pergerakan angin, ombak dsb.
ulangan objek yang menimbulkan pergerakan
arca pergerakan/irama
ALAM SEMULAJADI
BUATAN MANUSIA
KAEDAH PERGERAKAN DALAM KARYA SENI VISUAL
Tumbuhan yang menjalar digambarkan dengan garisan berlingkar, beralun dan melengkung.
Lukisan yang menggunakan objek bergerak menuju arah yang sama
Lukisan yang menggunakan garisan beralun dan melengkung untuk menunjukkan pergerakan ombak
Lukisan yang menggambarkan pergerakan air terjun
Gustave Caillebotte, Oarsmen
Karya ini menggunakan bentuk orang mendayung untuk menghasilkan pergerakanTumbuhan yang menjalar digambarkan dengan garisan berlingkar, beralun dan melengkung.
Lukisan yang menggunakan objek bergerak menuju ke pelbagai arah
Dzulkifli Buyong, Kelambu
Gerak geri kanak-kanak di hasilkan dengan olahan bentuk. Tali kelambu dan bentuk kanak-kanak diselang-selikan untuk mewujudkan pergerakan
Arca ini menggunakan gerak-geri pahlawan untuk menghasilkan pergerakan.
Syed Ahmad Jamal, Umpan
Sapuan berus yang menghasilkan garisan melengkung dan beralun mewujudkan pergerakan
Vincent Van Gogh, Red Vineyard at Arles
Karya ini banyak menggunakan garisan beralun pada awan dan tumbuh – tumbuhan
No comments:
Post a Comment