Saturday 7 May 2011

BENTUK

APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN BENTUK?

Mempunyai keluasan, ketinggian, berstruktur jisim, dan isipadu, serta lebih daripada satu permukaan datar.
Contohnya : buku, pensel, pemadam



Untuk pengetahuan semua bentuk terbahagi kepada 2 bahagian:
1) bentuk konkrit
2)bentuk ilusi
mari kita lihat satu persatu apakah yang dimaksudkan dengan bentuk ilusi dan bentuk konkrit.


BENTUK KONKRIT

Apakah yang anda tahu tentang perkataan "konkrit"
konkrit bermaksud nyata@sebenar.
ini bermakna bentuk konkrit ialah bentuk yang sebenar.  iaitu bentuk tersebut ada di hadapan mata.  
selain itu, bentuk konkrit juga dapat dipegang dan dirasa kerana ia bersifat 3 dimensi. 
contohnya: kereta, rumah, kotak pensel dan semua objek yang kita pegang dan kita boleh rasa.


motosikal  

 kereta


BENTUK ILUSI

Sekarang mari kita lihat apakah yang dimaksudkan dengan "ilusi"?
ilusi bermaksud bayangan.
ini bermakna bentuk ilusi ialah bentuk yang dibayangkan.  untuk memudahkan lagi kefahaman para pelajar, kita boleh katakan bentuk yang ada dalam lukisan sebenarnya adalah bentuk ilusi.
apabila kita melukis sesuatu bentuk misalnya melukis sebatang pen, kita akan membayangkan bentuk pen tersebut sebelum diaplikasikan di atas kertas lukisan. pen yang dilukis di dalam kertas lukisan tersebut kita namakan sebagai bentuk ilusi. 
bentuk ilusi hanya dapat dilihat tetapi tidak boleh dipegang.
antara contoh bentuk ilusi ialah lukisan, catan dan foto.




TEKNIK MENGHASILKAN BENTUK KONKRIT

terdapat  beberapa teknik untuk menghasilkan bentuk konkrit misalnya:
1. teknik origami
2. teknik topologi
3. teknik polihidera
4. teknik binaan arca
macammana ya? mari kita lihat satu persatu.


TEKNIK ORIGAMI

teknik ini juga dikenali dengan teknik lipatan kertas.  origami yang biasa  diaplikasikan adalah seperti menghasilkan bintang dan burung jinjang.  namun, teknik lipatan kertas bukan sahaja terhad kepada penghasilan bintang dan burung jinjang sebaliknya pelbagai bentuk boleh dihasilkan seperti bunga, penguin dan sebagainya.



origami katak

origami cantuman kertas


TEKNIK TOPOLOGI

teknik ini dihasilkan menggunakan kain.  biasanya digunakan untuk menghasilkan hantaran kahwin dan hiasan tisu pada meja makan.





TEKNIK POLIHIDERA

teknik ini berkait rapat dengan matematik.  lukisan perlu dibuat mengikut ukuran dan sudut yang tepat.  



TEKNIK BINAAN ARCA

Selain ketiga - tiga teknik diatas, arca juga merupakan sebuah bentuk konkrit.  





5 comments:

  1. salam...
    saya berminat dgn pernyataan n maklumat yg tuan/puan peroleh....ttg teknik polihidera yg berkait rapat dgn matematik tu....boleh saya tau ia dirujuk dr sumber buku yg mana?
    emel me: teratai_maisarah@yahoo.com

    ReplyDelete
  2. sy rujuk dr buku kathleen chee..kt tenet pun byk cite sal teknik ni...try search..

    ReplyDelete
  3. ok..trima kasih...kalo boleh nk dr buku rujukn yg spesifik..thanx 4 da info....kathlen chee spm fokus ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. no kathleen chee die buat buku untuk setiap form...sy gunakan buku rujukan dia untuk form 1.. :)

      Delete
  4. Terima kasih kalau boleh saya nak lagi banyak bahan rujukan sebab terlalu senang sangat dan dapat digunakan untuk kerja sekolah dan untuk ulangkaji terima kasih 😄😄😊

    ReplyDelete