Thursday, 9 August 2012

soalan ujian 2 psv kertas 2 untuk tingkatan 1


Kertas ini mempunyai enam soalan. Pilih SATU soalan sahaja.

1.    Dengan menggunakan pelbagai jenis garisan yang dipelajari hasilkan sebuah lukisan pemandangan air terjun.

2.    Rupa ialah hasil pertemuan antara hujung garisan dengan titik permulaan.  Hasilkan sebuah kertas pembalut hadiah menggunakan rupa geometri dan organik.  Hasilkan karya anda menggunakan teknik resis.

3.    Dengan menggunakan teknik jalinan sentuh dan tampak hasilkan sebuah pemandangan di Taman Bunga.

4.    Lukis sebuah lukisan bertemakan ‘Buah-buahan Tempatan’.  Lukisan  tersebut mestilah mempunyai aspek jalinan, bentuk dan ton.


5.    Hasilkan sebuah lukisan yang bertemakan ‘pemandangan di sebuah jalan raya’.  Lukisan tersebut mestilah mempunyai garisan perspektif dan beberapa buah batang lampu jalan di tepi jalan raya.

6.    Dengan menggunakan warna panas, hasilkan sebuah catan bertemakan sebuah ‘pemandangan pada waktu senja di laut’.  Catan anda mestilah menekankan aspek ton warna, ruang, dan komposisi.

soalan exam psv form 3


ini merupakan soalan untuk peperiksaan pendidikan seni visual kertas 2 bagi tingkatan 3 untuk SEK MEN KEB TARAT...dan bersama-sama dengan ini saya sertakan beberapa contoh gambar yang berkaitan. Diharapkan ia dapat membantu.. ^-^


Kertas ini mempunyai enam soalan. Pilih SATU soalan sahaja.

1.    Beberapa orang kanak-kanak sedang meniup buih sabun menjadi belon yang berterbangan di halaman rumah. Lukis suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk, warna dan ruang.




2.    Sebuah kumpulan muzik dianggotai oleh buah rambutan, jagung dan durian yang mempunyai kaki dan tangan sedang membuat persembahan di sebuah konsert dengan dihadiri ramai peminatnya pada waktu malam. Lukis situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan pencahayaan.






3.    Tiga ekor anak kucing sedang berebut untuk minum susu dalam sebuah piring yang diletakkan di satu sudut ruang rumah. Lukiskan aksi anak-anak kucing tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk jalinan dan ruang. 


4.    Beberapa batang pokok telah tumbang dan menyekat aliran air anak sungai.
Lukis situasi ini dengan memberi penekanan kepada bentuk, ruang jalinan dan pergerakan air.


5.    Beberapa alat pertukangan seperti penukul besi, gergaji pahat dan beberapa batang kayu terletak di atas sebuah kotak kayu yang telah usang. Kelihatan juga paku, beberapa tin cat dan berus yang sudah terpakai di tepi kotak tersebut. Gambarkan situasi tersebut dalam lukisan anda dengan memberi penekanan kepada bentuk,jalinan dan ruang.


6.    Beberapa ekor serangga sedang riang bermain guli dalam kawasan taman bunga di sebuah istana yang indah. Lukis gambaran anda dengan memberi penekanan kepada 




warna, jalinan dan ruang.

Tuesday, 9 August 2011

POP UP CARD..

hey u ols? pernah dengar x perkataan pop up card? ish2 bile sebut pasal pop up mesti ramai geleng kepala tanda x tau..ok ols..mesti kamu pernah tgk n pernah beli card hari raya or birthday card something like that la kan, mesti kamu pernah beli card bile kite buka tibe2 ade sesuatu yg timbul di dalam card tersebut..mcm card birthday, bile kite buka je card tu...tibe2 terkeluar kek birthday..awesome..menarik kan..ok, now sy nk share dgn u ols serba sedikit contoh yg boleh kita buat sendiri card ini di rumah..

selamat mencuba ya!

first, try u tekan link ni..link ni ade beberapa contoh pop up


ini pop up card 4 valentines day..or u blh kasi kt boy u..hehe..awesome..u should try this




this one flowes..awesome!!


u can watch this steps on utube ok..



Saturday, 2 July 2011

KRAF FOR CHILDREN...

ini ada beberapa contoh yang sesuai dijadikan sebagai latihan kepada kanak-kanak...

selain contoh dibawah..link ini juga membantu anda untuk mencari idea..

~SELAMAT MENCUBA~




















WARNA

WARNA OH WARNA

kita semua tahu warna wujud di sekeliling kita.  tanpa warna sudah tentu hidup kita suram, dan kelihatan seperti tidak ceria.  adanya warna hidup kita lebih ceria dan harmoni.  tapi, apakah yang kamu faham tentang warna. mari kita lihat.....


mengikut laman web wikipedia, Warna ialah sifat cahaya yang ditentukan oleh panjang gelombang (atau oleh kandungannya sebagai paduan untuk beberapa panjang gelombang). Julat panjang gelombang nampak untukcahaya dikenali sebagai spektrum nampak , atau dengan mudah sahaja sebagai spektrum.

Dalam sains, Istilah warna boleh juga merujuk kepada sifat objek-objek atau bahan-bahan yang ditentukan oleh jenis panjang gelombang yang dipantul, dihantar, atau dipancar. Biasanya, hanya ciri-ciri kandungan cahaya yang dapat dikesan oleh manusia diambil kira dan oleh itu, warna juga boleh dianggap sebagai satu fenomena psikologi. Pengolahan berbagai-bagai kegunaan istilah ini merupakan tugas utama falsafah semasa.

warna boleh dibahagikan kepada tiga iaitu :

1. warna asas
warna asas merupakan warna-warna yang paling hebat kuasanya. Ia merupakan warna yang utama dalam pembentukan warna-warna yang lebih pelbagai. Warna asas juga dikenali sebagai warna primer. warna asas terdiri daripada 3 warna iaitu:
merah,biru dan kuning


2. warna sekunder

hasil daripada campuran dua warna asas.

merah + kuning = jingga/oren
merah + biru = ungu
biru + kuning = hijau



3. warna tertier

warna tertier di hasilkan melalui gabungan 1 WARNA ASAS dan 1 WARNA SEKUNDER

Kuning + hijau = kuning hijau
kuning + jingga = kuning jingga
merah + jingga = merah jingga
merah + ungu = merah ungu
biru + ungu = biru ungu
biru + hijau = biru hijau





kroma warna

pernahkah anda mendengar perkataan kroma? apakah yang anda faham tentang kroma warna? KROMA ialah NILAI@UKURAN. KROMA WARNA ialah NILAI @UKURAN SESUATU WARNA.

 Ia dihasilkan melalui campuran warna tersebut dengan penggenapnya. Nisbah campuran dengan warna penggenap akan menentukan nilai kuasanya.Kuasa warna kroma boleh dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu cerah, sederhana dan pudar Warna kroma menggambarka kesan yang lebih pudar daripada warna asalnya.Hasil karya catan yang menggunakan warna kroma dapat menimbulkan perasaan rindusunyisedih dan nostalgia.



TON WARNA

disebabkan oleh kesan pancaran terang atau gelap sesuatu warna. Ia dihasilkan melalui campuran warna asal dengan putih atau hitam mengikut kadar tertentu. Warna lebih terang jika dicampurkan dengan warna putih. Warna menjadi gelap apabila dicampurkan dengan warna hitam Jika menggunakan cat air, lebih air dicampurkan untuk mendapatkan warna cera. Untuk mendapatkan ton warna gelap, warna ditindihkan lapisan demi lapisan. Ton warna merupakan jenis warna yang berguna untuk mencipta ruang dan bentuk tiga dimensi dalam seni tampak.



WARNA SEWARNA @MONOKROMATIK

Sewarna adalah kesan gubahan satu warna dalam beberapa ton.Ia juga dikenali sebagai warna monokrom Nilai warna lebih rendah jika dicampurkan dengan lebih warna putih. Nilai warna akan terus meningkat jika dicampurkan dengan warna hitam. antara kelebihan sewarna atau warna monokrom ini ialah:

1. menimbulkan suasana yang harmoni dan selesa
2. menimbulkan gambaran ruang dan perspektif dalam catan
3. ciptaan kraf.
4. menjadikan sesebuah karya lebih menarik.









warna panas

warna panas ialah merah, jingga, kuning dan hitam.  warna ini biasanya dikaitkan dengan kegagahan, kemarahan dan semangat.  






warna sejuk


warna sejuk ialah hijau dan biru.  ia melambangkan ketenangan, kedamaian.








Wednesday, 8 June 2011

FIGURA

video

FIGURA

apabila menyebut perkataan figura, orang akan tertanya - tanya apakah yang dimaksudkan dengan figura.  figura adalah berkaitan dengan melukis tubuh badan manusia.  untuk melukis figura, beberapa langkah perlu dipatuhi supaya mudah untuk kita menghasilkan sebuah figura yang menarik.  anda boleh merujuk beberapa contoh gambar di bawah bagaimana seseorang pelukis dapat melukis sesebuah figura dengan tepat.

video



melukis muka








melukis mata







melukis mulut






melukis hidung







melukis rambut






melukis telinga





video



melukis kaki




melukis tangan














melukis badan












figure