APAKAH GARISAN?
- cantuman satu siri titik antara titik akan menghasilkan sebuah garisan
...................
_______________
- Terbentuk daripada hasil cantuman deretan titik-titik
- Ataupun satu susunan siri titik-titik yang bersambung - Garisan adalah unsur asas dalam menghasil seni tampak
- Tanpa garisan, kita tidak dapat menghasil tulisan dan lukisan
GARISAN DAN PERGERAKAN
Garisan juga berfungsi untuk menimbulkan sesuatu pergerakan. Antara garisan yang dimaksudkan
1) garisan beralun
2) garisan bergerigi
3) garisan putus - putus
4) garisan berpancar
APA ITU PERGERAKAN???
•- Suatu keadaan yang bergetar, bergoyang,bergegar, berayun, memancar, bersinar –sinar dan sebagainya
•- dapat dibentuk melalui unsur – unsur senidengan cara dan teknik yang tertentu.
APAKAH FUNGSI PERGERAKAN?
•Menimbulkan imej yang hidup dan realistik
•Menghasilkan irama dan suasana tertentu
•Menjadikan gambar lebih menarik
•Menimbulkan gaya tarikan yang lebih menarik
biasanya garisan tersebut diaplikasikan dalam lukisan pemandangan. Misalnya pemandangan air terjun, pantai, dan pemandangan ketika hujan.
untuk melukis pemandangan air terjun kita akan menggunakan garisan beralun, garisan putus-putus, garisan berpusar,dan garisan zig - zag.
untuk melukis air laut kita boleh aplikasikan garisan beralun dan garisan berpusar pada ombak laut.
untuk pemandangan ketika hujan pula kita boleh aplikasikan garisan putus-putus, garisan berpusar
selain daripada yang dinyatakan diatas, garisan juga digunakan untuk menggambarkan keadaan sesebuah kereta bergerak, angin, dan sebagainya.
GARISAN DAN CORAK
Garisan juga berfungsi untuk mencorak..Tapi adakah anda tahu apakah yang dimaksudkan dengan corak?
APA ITU CORAK?
corak adalah sesuatu yang dihasilkan secara berulang - ulang.
berdasarkan pernyataan diatas, untuk mewujudkan corak melalui garisan, garisan tersebut hendaklah dibuat secara berulang - ulang.
adakah kita sedar corak sememangnya wujud di sekeliling kita?
mari kita lihat:
ALAM SEMULAJADI
BUATAN MANUSIA
oleh itu, jika kita menggunakan pelbagai garisan secara berulang - ulang corak akan terhasil. Misalnya seperti karya di bawah.
GARISAN DAN RUPA
Dengan menggunakan gaisan juga dapat mewujudkan rupa. apa pula yang dimaksudkan dengan rupa? Pernahkah anda mendengar perkataan rupa:
APA ITU RUPA?
rupa dihasilkan apabila hujung titik bertemu dengan titik permulaan.
GARISAN DAN BENTUK
selain itu, garisan juga dapat menghasilkan sebuah bentuk. Bagaimana?
kita boleh menggunakan garisan untuk menghasilkan sesebuah bentuk melalui TON GARISAN.
GARISAN DAN RUANG
BAGAIMANA GARISAN DAPAT MEWUJUDKAN RUANG?
Ruang wujud melalui aplikasi garisan yang berlainan saiz, jarak, dan berpandukan grid
perspektif
untuk ruang hadapan garisan yang digunakan ialah
1. garisan pendek
2. garisan nipis
3. garisan kecil
4. garisan rendah
untuk ruang belakang dan untuk menggambarkan sesuatu jarak yang jauh garisan yang digunakan ialah:
1. garisan panjang
2. garisan tebal
3. garisan besar
4. garisan tinggi
ada tak lukisan pemandangan alam semula jadi yg indah ketika menuruni tangan dlam sebuah taman rekreasi . ini salah satu soalan untuk spm candidate untk 2013 .
ReplyDelete*contoh lukisan
Delete