Thursday 9 August 2012

soalan ujian 2 psv kertas 2 untuk tingkatan 1


Kertas ini mempunyai enam soalan. Pilih SATU soalan sahaja.

1.    Dengan menggunakan pelbagai jenis garisan yang dipelajari hasilkan sebuah lukisan pemandangan air terjun.

2.    Rupa ialah hasil pertemuan antara hujung garisan dengan titik permulaan.  Hasilkan sebuah kertas pembalut hadiah menggunakan rupa geometri dan organik.  Hasilkan karya anda menggunakan teknik resis.

3.    Dengan menggunakan teknik jalinan sentuh dan tampak hasilkan sebuah pemandangan di Taman Bunga.

4.    Lukis sebuah lukisan bertemakan ‘Buah-buahan Tempatan’.  Lukisan  tersebut mestilah mempunyai aspek jalinan, bentuk dan ton.


5.    Hasilkan sebuah lukisan yang bertemakan ‘pemandangan di sebuah jalan raya’.  Lukisan tersebut mestilah mempunyai garisan perspektif dan beberapa buah batang lampu jalan di tepi jalan raya.

6.    Dengan menggunakan warna panas, hasilkan sebuah catan bertemakan sebuah ‘pemandangan pada waktu senja di laut’.  Catan anda mestilah menekankan aspek ton warna, ruang, dan komposisi.

soalan exam psv form 3


ini merupakan soalan untuk peperiksaan pendidikan seni visual kertas 2 bagi tingkatan 3 untuk SEK MEN KEB TARAT...dan bersama-sama dengan ini saya sertakan beberapa contoh gambar yang berkaitan. Diharapkan ia dapat membantu.. ^-^


Kertas ini mempunyai enam soalan. Pilih SATU soalan sahaja.

1.    Beberapa orang kanak-kanak sedang meniup buih sabun menjadi belon yang berterbangan di halaman rumah. Lukis suasana tersebut dengan memberi penekanan kepada bentuk, warna dan ruang.




2.    Sebuah kumpulan muzik dianggotai oleh buah rambutan, jagung dan durian yang mempunyai kaki dan tangan sedang membuat persembahan di sebuah konsert dengan dihadiri ramai peminatnya pada waktu malam. Lukis situasi tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk, jalinan dan pencahayaan.






3.    Tiga ekor anak kucing sedang berebut untuk minum susu dalam sebuah piring yang diletakkan di satu sudut ruang rumah. Lukiskan aksi anak-anak kucing tersebut dari jarak dekat dengan memberi penekanan kepada bentuk jalinan dan ruang. 


4.    Beberapa batang pokok telah tumbang dan menyekat aliran air anak sungai.
Lukis situasi ini dengan memberi penekanan kepada bentuk, ruang jalinan dan pergerakan air.


5.    Beberapa alat pertukangan seperti penukul besi, gergaji pahat dan beberapa batang kayu terletak di atas sebuah kotak kayu yang telah usang. Kelihatan juga paku, beberapa tin cat dan berus yang sudah terpakai di tepi kotak tersebut. Gambarkan situasi tersebut dalam lukisan anda dengan memberi penekanan kepada bentuk,jalinan dan ruang.


6.    Beberapa ekor serangga sedang riang bermain guli dalam kawasan taman bunga di sebuah istana yang indah. Lukis gambaran anda dengan memberi penekanan kepada 




warna, jalinan dan ruang.