Saturday, 2 July 2011

WARNA

WARNA OH WARNA

kita semua tahu warna wujud di sekeliling kita.  tanpa warna sudah tentu hidup kita suram, dan kelihatan seperti tidak ceria.  adanya warna hidup kita lebih ceria dan harmoni.  tapi, apakah yang kamu faham tentang warna. mari kita lihat.....


mengikut laman web wikipedia, Warna ialah sifat cahaya yang ditentukan oleh panjang gelombang (atau oleh kandungannya sebagai paduan untuk beberapa panjang gelombang). Julat panjang gelombang nampak untukcahaya dikenali sebagai spektrum nampak , atau dengan mudah sahaja sebagai spektrum.

Dalam sains, Istilah warna boleh juga merujuk kepada sifat objek-objek atau bahan-bahan yang ditentukan oleh jenis panjang gelombang yang dipantul, dihantar, atau dipancar. Biasanya, hanya ciri-ciri kandungan cahaya yang dapat dikesan oleh manusia diambil kira dan oleh itu, warna juga boleh dianggap sebagai satu fenomena psikologi. Pengolahan berbagai-bagai kegunaan istilah ini merupakan tugas utama falsafah semasa.

warna boleh dibahagikan kepada tiga iaitu :

1. warna asas
warna asas merupakan warna-warna yang paling hebat kuasanya. Ia merupakan warna yang utama dalam pembentukan warna-warna yang lebih pelbagai. Warna asas juga dikenali sebagai warna primer. warna asas terdiri daripada 3 warna iaitu:
merah,biru dan kuning


2. warna sekunder

hasil daripada campuran dua warna asas.

merah + kuning = jingga/oren
merah + biru = ungu
biru + kuning = hijau



3. warna tertier

warna tertier di hasilkan melalui gabungan 1 WARNA ASAS dan 1 WARNA SEKUNDER

Kuning + hijau = kuning hijau
kuning + jingga = kuning jingga
merah + jingga = merah jingga
merah + ungu = merah ungu
biru + ungu = biru ungu
biru + hijau = biru hijau





kroma warna

pernahkah anda mendengar perkataan kroma? apakah yang anda faham tentang kroma warna? KROMA ialah NILAI@UKURAN. KROMA WARNA ialah NILAI @UKURAN SESUATU WARNA.

 Ia dihasilkan melalui campuran warna tersebut dengan penggenapnya. Nisbah campuran dengan warna penggenap akan menentukan nilai kuasanya.Kuasa warna kroma boleh dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu cerah, sederhana dan pudar Warna kroma menggambarka kesan yang lebih pudar daripada warna asalnya.Hasil karya catan yang menggunakan warna kroma dapat menimbulkan perasaan rindusunyisedih dan nostalgia.



TON WARNA

disebabkan oleh kesan pancaran terang atau gelap sesuatu warna. Ia dihasilkan melalui campuran warna asal dengan putih atau hitam mengikut kadar tertentu. Warna lebih terang jika dicampurkan dengan warna putih. Warna menjadi gelap apabila dicampurkan dengan warna hitam Jika menggunakan cat air, lebih air dicampurkan untuk mendapatkan warna cera. Untuk mendapatkan ton warna gelap, warna ditindihkan lapisan demi lapisan. Ton warna merupakan jenis warna yang berguna untuk mencipta ruang dan bentuk tiga dimensi dalam seni tampak.



WARNA SEWARNA @MONOKROMATIK

Sewarna adalah kesan gubahan satu warna dalam beberapa ton.Ia juga dikenali sebagai warna monokrom Nilai warna lebih rendah jika dicampurkan dengan lebih warna putih. Nilai warna akan terus meningkat jika dicampurkan dengan warna hitam. antara kelebihan sewarna atau warna monokrom ini ialah:

1. menimbulkan suasana yang harmoni dan selesa
2. menimbulkan gambaran ruang dan perspektif dalam catan
3. ciptaan kraf.
4. menjadikan sesebuah karya lebih menarik.









warna panas

warna panas ialah merah, jingga, kuning dan hitam.  warna ini biasanya dikaitkan dengan kegagahan, kemarahan dan semangat.  






warna sejuk


warna sejuk ialah hijau dan biru.  ia melambangkan ketenangan, kedamaian.








No comments:

Post a Comment

Post a Comment