Sunday, 8 May 2011

KESATUAN

KESATUAN
  • Kesatuan bermaksud satu tema atau satu idea bagi semua unsur dalam sesuatu gubahan
  • Kesatuan dapat menimbulkan suasana yang tenteram, teratur dan selesa
kesatuan tema

kesatuan tema jenis objek dan warna

kesatuan warna, objek, dan rupa

IRAMA DAN PERGERAKAN



IRAMA    
Unsurunsur yang di susun
        secara berulang.

PERGERAKAN
Keadaan objek tampak yang  bergerak, bergegar,
        bergoyang, bersinar dan  berayun.

objek atau motif mengalami pergerakan dan menghasilkan rentak serta aliran dari satu ruang ke ruang yang lain.
Menjadikan sesuatu karya lebih menarik, hidup dan bernyawa.
Pergerakan boleh wujud dengan olahan beberapa unsur seperti garisan, rupa, warna, jalinan, bentuk, ruang yang beralih arah atau berulang.
Pergerakan pada alam boleh dilihat pada pergerakan angin, ombak dsb.

ulangan objek yang menimbulkan pergerakan

arca pergerakan/irama

ALAM SEMULAJADI


BUATAN MANUSIA








KAEDAH PERGERAKAN DALAM KARYA SENI VISUAL


Tumbuhan yang menjalar digambarkan dengan garisan berlingkar, beralun dan melengkung.


 Lukisan yang menggunakan objek bergerak menuju arah yang sama


Lukisan yang menggunakan garisan beralun dan melengkung untuk menunjukkan pergerakan ombak

Lukisan yang menggambarkan pergerakan air terjun

Gustave Caillebotte, Oarsmen
Karya ini menggunakan bentuk orang mendayung untuk menghasilkan pergerakan



Tumbuhan yang menjalar digambarkan dengan garisan berlingkar, beralun dan melengkung.


Lukisan yang menggunakan objek bergerak menuju ke pelbagai arah

Dzulkifli Buyong, Kelambu
Gerak geri kanak-kanak di hasilkan dengan olahan bentuk.  Tali kelambu dan bentuk kanak-kanak diselang-selikan untuk mewujudkan pergerakan


Arca ini menggunakan gerak-geri pahlawan untuk menghasilkan pergerakan.


 Syed Ahmad Jamal, Umpan
Sapuan berus yang menghasilkan garisan melengkung dan beralun mewujudkan pergerakan

Vincent Van Gogh, Red Vineyard at Arles
Karya ini banyak menggunakan garisan beralun pada awan dan tumbuhtumbuhan



KEPELBAGAIAN

Penggabungjalinan pelbagai
   unsur seni, prinsip rekaan, idea,
   nilai dan gaya persembahan dalam sesuatu gubahan

ALAM SEMULAJADI
Kepelbagaian dari segi warna, bentuk, jalinan, bentuk, saiz






BUATAN MANUSIA

kepelbagaian dari segi bentuk, saiz, jalinan, corak, 




SENI VISUAL

Pelbagai warna , arah

pelbagai warna, bentuk, jalinan


*persekitaran kita penuh dengan prinsip kepelbagaian.  alam kita mempunyai pelbagai jenis bentuk objek, pelbagai warna, pelbagai jalinan dan sebagainya.  surat khabar juga mempunyai kepelbagaian iaitu dari segi saiz tulisan, kepelbagaian rupa tulisan, pelbagai warna.  kartun yang sering kita tonton juga penuh dengan prinsip ini.  rujuk video yang ditunjukkan di bawah:

PENEGASAN

kita seringkali mendengar perkataan penegasan.  tapi apakah yang dimaksudkan dengan penegasan?


PENEGASAN IALAH:

J   SESUATU UNSUR UNTUK MENARIK PERHATIAN ORANG TERHADAP SESUATU
J  MEWUJUDKAN FOKUS ATAU TUMPUAN TERHADAP SESUATU OBJEK ATAU IMEJ
        DAN  MENGELAKKAN KEBOSANAN
J  MEMBEZAKAN SUBJEK UTAMA DENGAN SESUATU UNSUR UNTUK MENARIK
        PERHATIAN ORANG TERHADAP SESUATU
 J MEWUJUDKAN FOKUS ATAU TUMPUAN TERHADAP SESUATU OBJEK ATAU IMEJ
        DAN MENGELAKKAN KEBOSANAN
J  MEMBEZAKAN SUBJEK UTAMA DENGAN SUBJEK IRINGAN









ALAM SEMULAJADI

1. Pelbagai jenis ikan dan warna menunjukkan penegasan dalam kolam
2. Pulau di tengah laut
3. Gunung di dalam hutan
4. Biji pada buah gajus
5. Buah – buahan yang masak di atas pokok



ALAM HAIWAN

1. Ibu kucing yang dikelilingi anak – anaknya
2. Sekumpulan lembu yang sedang meragut rumput di tengah padang
3. Corak tompok pada badan kucing





BENDA BUATAN MANUSIA

1. Tajuk pada poster

2. Tajuk atau ilustrasi pada kulit buku
3. Corak pada peralatan dapur dan sepinggan mangkuk


KRAF TEMPATAN

1. Corak pada tembikar

2. Ukiran kayu
3. Anyaman bakul


HARMONI

adakah anda pernah mendengar perkataan HARMONI? semestinya pernah dan selalu didengar. apa yang kamu faham tentang harmoni dalam konteks seni visual?

harmoni terhasil melalui susunan unsur-unsur seni yang sesuai dan seimbang serta dapat menimbulkan keselesaan, keseragaman, dan ketenangan. 

harmoni boleh di lihat pada alam sekeliling kita, dan benda yang dihasilkan manusia, 


ALAM SEMULAJADI

1. deretan pokok 

2. warna pada corak bulu burung merak



3. kulit buah



4. belang harimau



BUATAN MANUSIA

1.reka corak motif Anyaman
2.peralatan dapur
3. reka bentuk rumah taman


itu semua dalam benda dan objek yang kita selalu nampak. dalam unsur seni harmoni boleh dijelaskan seperti berikut:


JALINAN

yang sesuai dan seragam
contohnya tikar.  motif yang berulang - ulang dapat menimbulkan kesan yang harmoni.


BENTUK

bentuk yang digunakan seimbang dan sesuai dengan saiz objek
susunan bentuk yang sama juga akan mewujudkan kesan yang harmoni.


GARISAN

garisan yang berulang - ulang sesuai untuk sesuatu objek
contoh lain adalah seperti kemeja lelaki yang berbelang - belang.  garisan tersebut dibuat secara berulang.  ini akan menimbulkan kesan yang harmoni.



WARNA

warna tersebut mengikut tema yang ditetapkan akan mewujudkan kesan harmoni.
seperti gambar tanglung di bawah, warna merah pada barisan tanglung menampakkan warna yang harmoni dan susunan bentuk yang harmoni.



RUPA 

rupa yang disusun secara berulang - ulang juga akan mewujudkan kesan yang harmoni.
misalnya kertas pembalut hadiah.  rupa yang sama digunakan untuk mewujudkan keadaan yang harmoni.




RUANG

sesuatu ruang yang di susun secara sistematik dan tersusun juga akan mewujudkan kesan yang harmoni.




Saturday, 7 May 2011

JALINAN



Pernahkah anda mendengar perkataan Jalinan?


APAKAH JALINAN?? 


Kesan yang terdapat pada permukaan sesuatu benda sama ada daripada alam semulajadi atau buatan manusia

jalinan terbahagi kepada dua iaitu:

1. jalinan tampak 
2. jalinan sentuh

* mari kita lihat satu persatu


JALINAN TAMPAK

-Tidak dapat dirasai melalui deria sentuh
-contohnya:
1.lukisan
2.foto
3.kulit tembikai
4. corak pada rama - rama


JALINAN SENTUH

-Dapat dinikmati melalui sentuhan deria dan penglihatan
-contohnya:
1.kulit durian
2.kulit pokok
3.daun
4. tayar
5. tapak kasut
6. kulit kerang


FUNGSI JALINAN

BENDA ALAM SEKELILING

1.SARANG LABAH – LABAH
-Memerangkap serangga kecil untuk dijadikan makanannya
2.  KACANG TANAH
- melindungi buah yang terdapat didalamnya.


BENDA BUATAN MANUSIA






1.TAPAK KASUT
- dapat mencengkam jalan supaya tidak tergelincir
2. TUALA MANDI
-mudah menyerap air


SIFAT JALINAN

JALINAN KASAR

1. kulit buaya
2. permukaan kulit kayu
3. batu

JALINAN LEMBUT

1. permaidani
2. tuala

JALINAN TAJAM

1. kulit nenas
2. kulit durian

JALINAN HALUS

1. buah ceri
2. bunga ros
3. permukaan sayap rama - rama


TEKNIK MENGHASILKAN JALINAN

1. TEKNIK CAP


2. TEKNIK GOSOK





3.  TEKNIK KOLAJ